Lovely day,: Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik

January 1, 2012

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik



Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik . Aku rasa ramai yang pernah dgr ayat ni . So , that means kita akan dapat jodoh yang setimpal dengan keperibadian kita . Khamis lepas , aku dgn bdk2 class aku pergi bilik tv blok lain semata-mata nak tengok last episode of Tentang Dhia . Time Dhia nak mati Zikir (husband Dhia) tlg Dhia mengucap dua kalimah syahadah . Then , Dhia mati and Zikir pun baring sebelah Dhia . Tiba2 nurse dtg tgk Zikir pun da mati sebab strok . Ohh my , Sweet gila ! Tak sangka pulak ending dia macam tu , lepas Dhia mati , Zikir pun mati . Memang terbaik la ending dia , Good Job ! Kiranya Zikir pun sempat mengucap time dia tlg Dhia tu . Hee , then lepas cerita ni aku terfikir tentang ayat kat atas tu . Aku jadi curious nak tahu lebih tentang makna ayat tu . Aku fikir lelaki yang baik , warak tercipta untuk perempuan yang solehah jugak .



Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang   jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan  lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)



So , I asked Kak Nor (my roommates) tentang ayat ni . Pendapat dia , tak semestinya lelaki yang memang baik akan dapat perempuan yang asalnya memang baik jugak . Kadang2 , ada lelaki baik yang dapat jodoh dengan perempuan yang sosial sebab masa hadapan nanti perempuan tu akan berubah jadi wanita yang solehah . Jodoh kita memang setimpal dengan keperibadian kita . Mybe ada yang dapat jodoh kurang baik , ini karena perbuatan lampau yang dia pernah buat . Ayat 26 Surah An-Nur ni sebenarnya diturunkan bersempena dgn peristiwa Al-IfkiAllah SWT. mempertahankan kesucian Sayyidatina Aisyah RA ketika difitnah oleh puak-puak munafik di Madinah bahawa beliau telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu’attol . So , the moral of this story is  hubungan baik seseorang itu bergantung kepada sikapnya sendiri . Jika dia seorang yang baik , mustahil dia akan bergaul dengan orang yang jahat dan begitulah sebaliknya .


“Orang mengahwini wanita kerana empat perkara iaitu hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Oleh itu, carilah wanita yang mempunyai agama (kerana kalau tidak) binasalah dua tanganmu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Jika asas perkahwinan adalah karena seks , maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan .
  • Jika asas perkahwinan adalah kerana harta , maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.
  • Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban , muka kerepot atau badan jadi gendut .
  • Jika asas perkahwinan kerana anak , maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.
  • Jika asas perkahwinan kerana keperibadian , pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya .
  • Jika asas perkahwinan kerana cinta , hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik , tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.
  • Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya .


Kita dianugerahkan akal untuk berfikir , jadi pilihlah sebaik-baiknya . Jangan ikut sangat hati dan nafsu . Ikut suka , duka . Ikut rasa , binasa . Ikut hati , mati . So , aku nak rumuskan kat sini untuk mendapat jodoh yang baik , kita kena ubah diri sendiri dulu and niat kerana Allah ye . Aku rasa takde sape dalam dunia ni tak nak jodoh yang baik . And jodoh kita biarlah dapat barakah dari Allah . Mcm lagu Barakallah by Maher Zain .
(Barakallahu lakuma , wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair) Inlah doa untuk pengantin yang diajarkan oleh Rasulullah agar pengantin mendapat kebaikan dan kebahagiaan di dunia .