Lovely day,: Bahasa Puitis Aku Dah Keluaq

December 25, 2011

Bahasa Puitis Aku Dah Keluaq

Dec 23th
7.20 PM . Mata dah mengantuk , Badan dah penat , Otak dah mati . Bas Ipoh ke Tg. Malim tak sampai2 lagi di Medan Gopeng . Kepenatan setelah beberapa hari tak cukup tidur . Empat kuiz dalam satu minggu , Presentation Product menipiskan lagi masa luang yang aku ada . Alhamdulillah , semuanya dapat aku handle dengan baik . Selepas beberapa minit menunggu , bas yang tak maju2 pun sampai . Aku dan Mira bergegas naik , mengambil tempat duduk di dalam bas . Mira duduk di sebelahku . Penumpang lain sibuk berebut2 mengambil tempat dalam isi perut bas . Aku membetulkan beg dan tempat duduk supaya lebih selesa . Kedinginan penghawa dingin menambahkan lagi keinginan aku untuk beradu . Ya Allah , bila bas ni nak bergerak ? Aku malu untuk tidur di dalam bas yang sedang dipenuhi orang yang keluar masuk . Aku menguap . Termasuk kali ni , entah berapa kali aku menguap sejak dari pagi tadi . Satu yang aku suka pasal Bas Sri Maju ni adalah seat dea yang selesa dan peghawa dinginnya tak panas tak sejuk sangat . Biasa2 je . 3jam perjalanan cukup untuk aku hilangkan mengantuk . Bas mula bergerak dan lampu utama ditutup . Yang pasang cuma lampu warna oren . Lampu apa entah , aku dah tak larat nak fikir . Sleepy eyes , zzzzzZZZZ


9.45 malam
Aku terjaga dari tidur . Bas masih bergerak , aku lihat ke luar . Tapi aku tak cam tempat ini . Ini la masalah aku dari dulu , susah nak ingat jalan Perak ni . Mata masih mengantuk tapi cukup la untuk menyegarkan sikit badan aku . Kira2 empat hari aku tak terurus di KMPk . Baju tak basuh , katil meja berselerak , Baju tak iron , pakai tudung pun yang sarung je . Masuk Sem Dua ni baru aku rasa penatnyaaaaaaa hidup di Matrik . Tapi aku tak kisah sebab ini jalan yang aku pilih . And aku bersengakang mata pun untuk study . Bas berhenti . Seorang wanita muda turun di sebuah Bus Stop kecil . Kelihatan seorang lelaki tua dan seorang budak lelaki berada di sebuah kereta menunggu wanita itu . #Ayah dia kot . Sweetnye ayah dia , anak dia dah besar panjang , dalam lingkungan 20-an . Tapi ayah dia tetap datang jemput dia . Cemburu rasa hati .


Rindu sangat masa Abah jemput aku pulang sekolah setiap hari dulu . Abah sanggup parking depan sekolah walaupun panas takde pokok , supaya anak2 dia tak perlu berjalan jauh . Rindu ! Ok , cukup . Al-Fatihah . Aku bersyukur aku dilahirkan dalam keluarga sederhana . Sebab aku takut kalau aku jadi anak orang kaya macam sesetengah kawan aku , deaorang terlampau manja . Sampaikan setiap kali balik nak berjemput . Bila da tak berjemput , baru masa tu cari kawan ajak balik sama . Masa hang sedap2 naik kete , ada hang ajak ? First time aku naik bas jauh2 pun , aku sorang2 tau . Aku bukan apa , just anak orang sederhana ni la yang lebih pandai berdikari . Pandai bawa diri . Anak orang kaya ? Boros tak payah cite , hampir tiap bulan mintak duit . Batak KL , baju seluar wajib beli , handset rosak sikit nak tukar , beg mesti tukar . 


p/s - Apa motif aku tulis bahasa macam ni ? And nape aku tulis semua ni ? Entah , itu yang terkeluar dari kotak fikiran aku . HAHA , dah2 . Buang tebiat , Keh3 . Saje nak melepaskan bakat yang terpendam . Eceyyyhhh :DD Note : Abah pun seorang penulis dulu . Like father , Like daughter >,<

No comments: