Lovely day,: Pendiam Itu Aku

November 18, 2011

Pendiam Itu Aku

Sombong , susah nak senyum , garang , pendiam . Itu antara kata-kata yang sering sampai di cuping telingaku . Orang di sekeliling sering menganggap aku orang yang sombong . Haihh , aku mengaku aku termasuk dalam kumpulan pendiam , sukar melemparkan senyuman kepada orang lain dan sukar menegur orang yang aku tak kenal . Aku lebih mengharapkan orang memulakannya dahulu . Ya , aku pasif . Tapi sebenarnya aku ni jenis orang yang menjaga percakapan la , sopan santun , lemah lembut , baik budi pekertinya . HAHA , FAKTA ok !

Aku sering membuat muka “singa” aku di khalayak ramai terutamanya di tempat awam . Biasalah kak/bro , hidup kat kolej ni semua tempat kena berebut . Pergi café kena beratur , kedai serbaneka kena beratur , library kena beratur , iron baju kena beratur , kuliah kena rebut tempat sampai kan nak masuk tandas kena amik turn tau . Sesungguhnya hamba Allah ni bukan la jenis penyabar orangnya . Tambah tambah dengan perangai segelintir manusia yang tidak beradab dan menghormati orang lain . Dah la potong line , lama nak m***** pulak tu . Cuba cakap kat aku macam mana aku nak senyum ?  Macam mana muka singa aku tak jadi ? Mungkin bagi kauorg benda tu biasa , ok bayangkan kauorg tgh drive atau dlm kereta yg dipandu oleh kaka atau abg kauorg . Mesti macam2 ragam kan . Aku rasa driver kat Malaysia ni faham perasaan aku . Percaya atau tak , dgn drive kereta je kauorg da dpt dosa tau . Org time drive mesti mencarut eh ?

Pernah satu ketika aku bertanya kepada roommate dan classmate aku sekarang ni ttg first impression deorg tgk aku . Jawapannya sama , SOMBONG . Malahan ada yang kata tak terkejut bila aku kata dari Selangor . Deorg fikir orang Selangor ni sombong , tak peramah , tak kawan la dgn bdk kampung ni . Come On la ! Takde kena mengena langsung . Hm , tapi lepas deaorg da kenal aku baru deorg tahu ternyata anggapan mereka salah . Aku sememangnya sopan santun , HAHA ><

Hm , perkara yang sama juga berlaku di MukaBuku . Seringkali aku menerima pelawaan ruang borak di laman sesawang ini terutamanya dari kaum adam . Biasa la , beraneka jenis buaya ada . Sekor pun aku tak layan . aku just layan yang mana aku rasa ok . Tapi jarang sangat . aku tak kisah jikalau mereka mengatakan aku sombong kerana perempuan bersikap sombong kepada lelaki itu harus . Tambah2 aku ni jenis setia orangnya ><

Aku bukan apa , aku lebih suka mendengar dari bercakap . Diam2 ubi berisi , Sebenarnya aku seorang yang pemalu . Hanya orang2 yang seperti aku ni sahaja yang faham betapa sukarnya nak menegur orang yang kita tak kenal . Di luar lebih pendiam , tapi petah berkata-kata dalam dunia penulisan ni . HAHA , petah sangat ke ? Bole la sikit2 . Tapi aku akan cuba ubah perangai aku ni . Bukan sebab orang mengata tapi untuk kebaikan diri sendiri . Cuma pendiam tu memang sifat semulajadi aku .


2 comments:

ieyza afieyna said...

same mcm ieyza.. pendiam..

org kata sombong :(

Dream said...

: HAHA , seriously ? biase la 2 , org xknal kite lagy .